Barah Tulang

Info mengenai Barah Tulang ini saya kongsikan untuk semua warga vf and siapa2 shj kat luar. Saya mula mencari info-info ini semenjaksomeone yangsaya sayang menghidap osteoid osteoma... Tapi Alhamdulillah sekarang dia dah sihat. Info sekadar perkongsian ilmu dari saya wat semua dan harap ianya berguna

Tahukah anda bahawa barah tulang merupakan salah satu pembunuh utama rakyat Malaysia walaupun ianya tidak tersenarai dalam carta barah pembunuh utama di Malaysia selain barah payu dara, barah usus dll. Antara faktor yang menyebabkn penyakit barah tulang ini adalah akibat daripada darah yang tercemar.

Jika kta melihat dari aspek keseluruhan, kita memiliki lebih 206 tulang didalam badan yang mana setiap satunya memiliki fungsi yang tersendiri. Pada kebiasaanya barah tulang terjadi pada bahagian tulang yang sering mengalami pertumbuhan. Pada kebiasaannya barah tulang sebenarnya adalah bukan barah (beningn) tetapi ada sesetengahnya memang merupakan barah (malignant).

Beningn tumor biasanya tidakmerebak ke bahagian

lain dan jarang memerlukan rawatan seumur hidup, walaupn ia mungkin berulang tetapi ianya boleh dibuang melalui kaedah pembedahan. Benign tumor biasanya melibatkan benjolan pada tulang yang abnormal dan kebanyakan tidak memerlukan rawatan jika tidak sakit malahan kadang kala ianya boleh hilang sendiri.

Namun begitu walaupn benign tumor ini tidak merbahaya tetapi ianya masih memerlukan rawatan jika sakit kerana ada kes benign yang berubah menjadi barah. Perlu diingat kadang kala benign tumor tidak ada gejala dan selalunya ditemui secara kebetulan

Malignant tumor pula disifatkan sebagai barah, ia berkemampuan untuk 'menakluk' dan memusnahkan tisu yang sihat berdekatannya. Sel barah juga mencemarkan aliran darah hingga menyebabkan ia merebak ke bahagian badan yang lain. Keadaan ini dikenali sebagai metasis.

Barah yang ditemui dari tulang biasanya dipanggil barah turangprimary. Ianya selalu ditemui di tangan dan di kaki tetapi boleh juga ditemui di bahagian tulang yang lain.

Sebenarnya kanser yang terjadi didalam tulang agak jarang berlaku , ia tidak mudah merebak dari satu bahagian tulang ke tulang yang lain. Jika ini terjadi ianya tidak dipanggil barah tulang kerana setiap jenis barah dinamakan mengikut organ atau tisu yang terjejas.