Aq berharap sangat bulan Ramadhan nie aq dapat berpuasa dengan Family aq... tapi aq tak tau sama ada aq boleh balik ke tidak... hmmm... nak sambut bulan Ramadhan dekat Ipoh nie sorang2 rasa bosan pulak... Taun lepas walaupun tak dapat sambut bulan Ramadhan dengan Family Tapi ada seorang Yang amat Istimewa Dalam diri aq yang dah sambut dengan aq.... TQ sangat kat dia.... Tahun ni je yang aq kena sambut sorang2... sedihnya larh rasa hati... dapat ke aq buka puasa & sahur sama2 dengan dia lagi??? hhhmmmm....


Ramadahn tahun nie aq rasa macam sunyi je untuk aq... hhmmm...entahlah... aq pon tak tau macam mana nak cakap dah... yang penting aq tetap tabah untuk hadapi hari2 yang mendatang untuk diri aq... walaupun aq ada masalah... tapi aq kena kuatkan diri... semoga di bulan Ramadhan nanti dapat menjadikan aq seorang manusia yang lebih sabar untuk hadapi semua benda...termasuklah masalah yang aq hadapi sekarang ini... dan semoga ianya akan selesai tidak lama lagi... aq berharap sangat.... "Aamin"

Bulan Ramadhan Untuk Aq???

 Sempena besday anak buah kesayangan aq "NUR DAMIA QISTINA"... huhuuu... rindunya dengan c kecix sorang nie... bila lagilah aq dapat jumpa damia nie... nak balik Kajang Jumpa Damia... tapinya aq dah BZ dengan kelas pulak... banyak projek nak kena settle kan... hhmmm... sabar jela nak tggu jmpe anak buah aq nie... hehehehee...

Damia With Chickey

sejak akhir-akhir nie aq banyak sangat masalah... aq tak tau nak luah kat sapa... handphone tak de... nak email selalu lagilah susah... hhhmmm... kadang-kadang aq rasa tertekan sangat... macam mana kalau aq asik macam nie???macam mana aq nak fokus belajar...??? aq tak tau apa lagi yang aq hadapi sekarang nie... lepas satu satu lagi dugaan yang datang... aq dah tak mampu untuk mengalirkan airmata untuk tangisi masalah aq nie... nak selesaikan... aq tak dapat pandangan dari sesiapa pon... aq nak luah pada dia yang aq sayang.... nampaknya susah sangat... dah tak dapat nak berhubung dengan dia macam selalu... :'(


"Ya Allah, Hanya PadaMU Sahaja Aq Dapat Meluahkan Perasaan Ku Dan Masalah Ku Ini... Aq Dah Buntu... Dah Tak Tahu Mana Untuk Meluahkan Lagi Rasa Sakit Dan Peritnya Diri Ini Yang Menempuhi Masalah..."


Aq berharap sangat... saat aq memerlukan seseorang mendengar luahan aq, dia ada disisi aq... Tapi... Tiada siapa pon yang dapat mendengar luahan aq ini... macam mana aq nak hadapinya semua ini sekarang... aq dah tak ada yang mendengar...:'( :'(

Tak Tahu Nak Luah Pada Siapa???

Good luck Fara!!

Jadual Aq!!

Lagu nie bermakna untuk aq...
Memberi semangat kepada aq untuk capai impian aq,
cita-cita aq, kerjaya aq matlamat aq... 
^_^♥ Chayok2 Fara!!  
bIAr sAmpAI kE bIntAng!!

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah

bIAr sAmpAI kE bIntAng!! ^_^♥ Chayok2 Fara!!

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa

RASA PERCAYA DIRI???


1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg p

Mencari POSITIF bagi sesuatu yg NEGATIF Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...


Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

Soal Diri Dengan Soalan Positif

 Tahu Tujuan
 Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.

 Tetapkan Impian atau Matlamat.
 Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus. Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.

 Mempunyai Keinginan Yang Kuat
 Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM HIDUP