"Motivasi usahawan"



 Apabila Anda berbisnes dan mahu memulakan bisnes, Anda perlu tanya diri Anda kenapa Anda mahu berbisnes.

 Kenapa Anda memilih perniagaan sebagai sumber rezeki Anda?
 Untuk apa Anda berniaga sebenarnya?
 Kebanyakan orang tidak tahu tahu kenapa dia berniaga.

 Jawapan mudah, dia berniaga sebab dia ikut orang lain berniaga. Dia nampak orang lain dapat duit dan buit, jadi dia pun mahu dapat
duit serta mahu buat duit.


 Usahawan yang ada motivasi tinggi adalah usahawan yang berniaga kerana minat.

 ‘Passion’ usahawan bermotivasi sebegini adalah pada proses menjalankan urusniaga dan kepuasan memberikan produk atau perkhidmatan yang bermanfaat buat pelanggan-pelanggan perniagaannya. Untung menjadi perkara kedua kerana dia tahu, untung akan datang sendiri apabila pelanggan berpuas hati menggunakan produk atau perkhidmatan meiliknya.